Puisiku.....

Puisi Rahmat Covid

1 Mei 2020

Terima kasih Allah

Kerana menghantar tenteraMu kemari

Terima kasih Wahai Rabbi kerana sedar kan kami

Kerana dosa2 kami yg besar terhadapMu

Kerana kami menjadi semakin lalai, angkuh, sombong dan kabur tentang kasih sayangMu

Lupa kepada Mu yg mencipta cinta dan kasih sayang didunia

Semakin hari semakin menjadi membenciMu dlm kalimat2 dan tingkahlaku derhaka yang semakin membara

Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar ribut

Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar banjir & runtuhan tanah

Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar taufan

Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar gempa

Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar tsunami

Terima kasih Ya Rabbi

kerana meletuskan gunung2 berapi

Dan... Terima kasih Ya Rabbi

kerana menghantar Ta'un, Ebola, MERS, SARS, dan hari ini Covid19

Hamba kini mengerti akan kasih sayangMu

Maafkanlah hambaMu ini

Ampunilah dosa2 kami Ya Rabbi

Hidupkanlah hidayahMu di dalam hati2 kami

Izinkanlah kami melihat dan mengerti akan Fiman2 dari ganasnya tentera2Mu

sebagaimana ganasnya burung Abaabil

Kami lah yang telah lupakan cintaMu

Kami lah yang jahil

Kami lah yang dungu

Kami lah yang bodoh

Kami lah yang jahat

Wahai Rabbi

Ampunilah kami.....

_____________________________________

Dia Yang Telah Hilang

Oleh: hamidyaman 1 Mei 2020

Selama ini

kami tidak mendengar

Kerana

Bukanlah kami tuli

Selama ini

kami tidak nampak

Kerana

kami cuma tidak melihat

Bukanlah kerana buta

Selama ini

kami tidak merasa

Bukanlah kerana

kami tidak berhati perut

Akan kalimat2Mu itu

ada dalam hujan lebat

Dalam cahaya matahari

Ada pada bulan

dan bintang2

Ada dalam setiap detik

dan waktu yg berlalu

Akan wajahMu

Yang semakin tidak dirindui lagi

Akan kasih sayangMu yg berdebu

Cemar dalam tandusnya hidayat

Terkoyak dalam keringnya kecerdikan

Ada kalanya hilang dalam kealpaan

Durhaka kerana mentafsir rahmat

Angkuh dalam samudera dunia

Telah hilangnya hatinya

Untuk diletak rasa dan kerinduan

Tiada lagi keindahan kewujudan

Fana segalanya

Hilang rasa

hilang sentuhan

Kerana tebalnya qalbu

Yang semakin berbau

Bukan lagi

dari wanginya kasturi Rabbi

Tapi dari nafsu serakah

Yang telah lama

hilang kesyukuran

Dari CintaNya

Yang telah di tukar

menjadi fatamorgana

Menjadi Pelangi buruk

Yang semakin hilang

keindahannya

Bagai kapas hilang putihnya

Bagai garam hilang masinnya

Bagai gula hilang manisnya

Seperti lidah hilang rasa

Seperti mata tiada pandangan

Seperti telinga tiada dengarnya



Produced by Abd Hamid Mohd Yaman / All rights reserved
Powered by Webnode
Create your website for free! This website was made with Webnode. Create your own for free today! Get started